Arkib bagi July, 2009
KUKUBESI MANIPULASI : JELAJAH JAJAH MALAYSIA
by Anan Amri on Jul.27, 2009, under Karya Digital & Manipulasi, Lain-lain, Tutorial
KUKUBESI MANIPULASI akan melancarkan siri seminar beserta dengan mini pameran ke seluruh Malaysia , jika tiada aral melintang seminar pertama akan berlangsung pada 22 ogos ini dan sepanjang bulan puasa. anda semua di jemput hadir untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang FOTOGRAFIK. sessi yang akan berlangsung selama setengah hari ini meliputi sessi soal jawab, demo dan tutorial ringkas, Insyallah AnanAmri akan bersama anda di setiap lokasi.
INFO RINGKAS TENTANG YURAN PENDAFTARAN
RM100 bekas pelajar kukubesi
RM100 pelajar sekolah rendah/menengah/ universiti
RM130 pendaftaran “early bird”
RM150 pendaftaran di pintu masuk
*** MENANGI 3 CABUTAN BERTUAH BENGKEL GAYA KUKUBESI ( selama 2 hari ) bagi setiap lokasi
Anan Amri - Malaysia Based Portrait & Wedding Photographer | Jurugambar Perkahwinan & Potret Shah Alam, Malaysia.↑ Kembali ke laman utama AnanAmri.com ↑
Kelas 5IK2 2009 – SMKS9 Shah Alam
by Anan Amri on Jul.20, 2009, under Karya Digital & Manipulasi, Lain-lain, Tugasan Fotografi
Bismillah,
tempoh hari aku mendapat tugas menghasilkan muka surat eksklusif senior bagi majalah sekolah, Sinar. Kelas yang berminat mendapatkan khidmat aku adalah dari Kelas 5 IK2 SMK Seksyen 9 Shah Alam. Jadi tugas aku bermula dari perancangan, sesi fotografi, editing dan rekaletak mukasurat tersebut.
Dah lebih 2 tahun aku buat job kecik² macam ni tapi fun. Cuma budak² ni bila dah ramai susah dikawal tapi mereka sporting. Best best. Idea asal aku cuba buat macam 1 poster battle of the band atau poster performing band.
Tapi disebabkan kesuntukkan masa ada yang nak pergi tuition lah itu lah jadi yang mana yang sempat je la ada rupa band. Ghehee. Ada group yang dah macam kumpulan nasyid Rabbani pun ada sebab ramai sangat. Ok ape. Gerhana Ska Cinta pun ramai apa. Cuma dari segi pakaian dan props sahaja lah yang agak terhad. Untuk tahun 2010 dah ada kelas yang dah tempah. Kelas lain ke, sekolah lain ke kalau berminat booking lah awal². Harga berpatutan. Kumpul duit kelas banyak². Geheheheee~
Jadi, selamat melayan. Adik², buat yang terbaik SPM nanti. Jangan jadi macam aku ni. Haha. Ok ni gambar² yang lain. Baik, selamat!
Anan Amri - Malaysia Based Portrait & Wedding Photographer | Jurugambar Perkahwinan & Potret Shah Alam, Malaysia.↑ Kembali ke laman utama AnanAmri.com ↑
Nostalgia – KLUE Urbanscapes 2009 24Hour KL Photo Exhibition
by Anan Amri on Jul.18, 2009, under Lain-lain
Bismillah,
wooo akhirnya dapat juga nak letak gambar yag dipamerkan di Urbanscapes 2009 yang lalu.
Siri yang pertama ini mengisahkan seorang belia yang datang ke Stadium Merdeka. Mengimbau kembali usia kecilnya di mana dia di bawa bapanya menyaksikan perlawanan bolasepak di situ. Hatinya kecewa kerana tidak dibenarkan masuk ketika itu kerana kerja² pembinaan memulihara rekabentuk stadium itu ke rekabentuk asalnya ketika Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan negara di situ.
Aku memang dah bersedia plan A dan plan B dah. Dah agak dah tak boleh masuk waktu tu. Tapi tiada masalah. Perancangan sudah dibuat. Video dibelakang tabir pun ada. Kalau internet di pejabatboleh buka youtube, rezeki laa. Ghehehee~
↑ Kembali ke laman utama AnanAmri.com ↑
Self Portrait Series : Longkang Boy – KLUE Urbanscapes 2009
by Anan Amri on Jul.18, 2009, under Lain-lain
Bismillah,
Ok siri ke dua ini merupakan sebuah siri self portrait. Aku yang ambil gambar, aku yang set lighting, aku yang jadi model dan aku yang buat editing. Siri kedua ni dibuat disebabkan masih kurang berpuas hati dengan siri pertama. Belum cukup radikal.
Apa yang aku bayangkan waktu tu adalah kalau aku tinggal dalam longkang tu apa aktiviti aku. Nak cari model untuk aksi radikal memang payah lah. Oleh itu aku ambil keputusan untuk buat semuanya sendiri. Memang mencabar. Nak set angle, set focusing, lighting, timing memang banyak cuba jaya. Tiang dengan lampu jatuh dalam longkang pun ada. Nasib baik tak rosak je. Payung pun patah. Kat Urbanscapes pula ada orang kebas payung buruk aku tu. Dengan lightstand sebatang.
Tiada manipulasi dalam siri ini. Memang aku main dalam longkang, main air longkang, mandi air longkang. Props tambahan tu memang dibawa sebab aku dah prepare apa nak buat. Nak buat sesuatu mestilah dengan perancangan agar jimat masa dan memudahkan.
Kenapa longkang? Kerana kebanyakan orang tidak menghargai kecantikan tempat² sebegini. Tekstur, warna, lumut² tu kan cantik. Kalau bergambar di taman memang dah sedia cantik. Bosan lah. Ghehehe~ Cabaran menjaga keselamatan diri dan peralatan pun seronok. Kalau dimanjakan sangat peralatan tu tak ke mana lah aku. Kalau habuk masuk kamera pun takut tak ke mana lah aku.
Selama ni pun memang aku suka self portrait. Dapat mengekspresikan apa ang aku rasa di dalam gambar. Set tripod, mount camera, remote timer and action! Hehe. Ok nantikan siri self portrait terbaru tidak lama lagi. Lama lagi sebenarnya akan pos. Haha!
Anan Amri - Malaysia Based Portrait & Wedding Photographer | Jurugambar Perkahwinan & Potret Shah Alam, Malaysia.↑ Kembali ke laman utama AnanAmri.com ↑





































