Anan Amri – Jurugambar Perkahwinan & Potret Shah Alam, Malaysia. Malaysia Based Portrait & Wedding  Photographer , Commercial Photographer, Editorial Photographer, Destination Wedding Photographer, Graphic Designer, Web Designer.

Self Portrait Series : Longkang Boy – KLUE Urbanscapes 2009

Jul.18, 2009, di bawah kategori : Lain-lain

1 copy2 copy3 copy4 copy5 copy
6 copy7 copy8 copy9 copy10 copy
11 copy
12 copy13 copy14 copy15 copy

Bismillah,
Ok siri ke dua ini merupakan sebuah siri self portrait. Aku yang ambil gambar, aku yang set lighting, aku yang jadi model dan aku yang buat editing. Siri kedua ni dibuat disebabkan masih kurang berpuas hati dengan siri pertama. Belum cukup radikal.

Apa yang aku bayangkan waktu tu adalah kalau aku tinggal dalam longkang tu apa aktiviti aku. Nak cari model untuk aksi radikal memang payah lah. Oleh itu aku ambil keputusan untuk buat semuanya sendiri. Memang mencabar. Nak set angle, set focusing, lighting, timing memang banyak cuba jaya. Tiang dengan lampu jatuh dalam longkang pun ada. Nasib baik tak rosak je. Payung pun patah. Kat Urbanscapes pula ada orang kebas payung buruk aku tu. Dengan lightstand sebatang.

Tiada manipulasi dalam siri ini. Memang aku main dalam longkang, main air longkang, mandi air longkang. Props tambahan tu memang dibawa sebab aku dah prepare apa nak buat. Nak buat sesuatu mestilah dengan perancangan agar jimat masa dan memudahkan.

Kenapa longkang? Kerana kebanyakan orang tidak menghargai kecantikan tempat² sebegini. Tekstur, warna, lumut² tu kan cantik. Kalau bergambar di taman memang dah sedia cantik. Bosan lah. Ghehehe~ Cabaran menjaga keselamatan diri dan peralatan pun seronok. Kalau dimanjakan sangat peralatan tu tak ke mana lah aku. Kalau habuk masuk kamera pun takut tak ke mana lah aku.

Selama ni pun memang aku suka self portrait. Dapat mengekspresikan apa ang aku rasa di dalam gambar. Set tripod, mount camera, remote timer and action! Hehe. Ok nantikan siri self portrait terbaru tidak lama lagi. Lama lagi sebenarnya akan pos. Haha!

Anan Amri - Malaysia Based Portrait & Wedding Photographer | Jurugambar Perkahwinan & Potret Shah Alam, Malaysia.


↑ Kembali ke laman utama AnanAmri.com ↑

3 Comments for this entry

Leave a Reply

Sekutu Anan Amri

Antara yang banyak berjasa...