Awan Dania The Movie : Poster Photoshoot

Awan Dania The Movie - Poster Photoshoot

Pemenang poster terbaik Festival Filem Malaysia 24 menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios), Kukubesi Manipulasi, sekali lagi diberi kepercayaan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd untuk menghasilkan poster filem bagi filem Awan Dania The Movie. Filem ini dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Rusdi Ramli, Elly Mazlein, Dee, Jehan Miskin, Hans Isaac, Maimon Mutalib, Ruminah Sidek, Osman Kering, Zaibo, Maimunah Ahmad, Roy Azman, Mohd Juhari dan diarah oleh Rashid Sibir. Sekali lagi, Anan Amri dipanggil untuk membantu penataan cahaya dan fotografi bagi projek poster filem Awan Dania The Movie. Turut membantu sahabat fotografi kami Zahid Azmi. Seperti poster filem Aku Kau dan Dia serta Hoore! Hoore!, filem Awan Dania The Movie ini terus memberi cabaran kepada Kukubesi memandangkan genre yang berbeza dari kegemaran beliau. Kukubesi gemar menghasilkan karya dengan mood suram / darkside tetapi filem² ini lebih mendatangkan mood ceria. Saya pasti hasilnya nanti mungkin bersih dan ceria bersesuaian dengan filem. Nantikan di pawagam hujung tahun 2012 ini. Terima kasih kepada Scha yang memberi sokongan penuh dan kerjasama sepanjang sesi tersebut. Beliau memang happening!

Kredit Foto: Zahid Azmi Photography

Leave a Reply