Category Archives: Lain-lain

Tiada kategori spesifik bagi entry ini. Merangkumi pelbagai aktiviti harian Anan Amri

DSC_8849

Trailer : The Malay Chronicles (Hikayat Merong Mahawangsa)

bismillah,

dah tengok trailer/teaser cerita ni? Rasanya kat Malaysia tajuknya jadi Hikayat Merong Mahawangsa. Setelah sebuah syarikat Amerika membeli hak untuk menyiarkan cerita tersebut di sana, mereka menukarkan tajuknya kepada The Malay Chronicles : Bloodline. Cerita ni rasanya 80% Bahasa Inggeris. Tak sabar pula nak tengok ceritanya. Ye la kat set tau dah macam mana diorang buat. Nak tengok hasil dalam layar pula. hehee. Bangga dapat jadi sebahagian dari tenaga kerja..setelah rentung berpanas terik..doa doa lah..mana tau dapat award poster terbaik ke..lagi la gembira…amin..layann..

Anan Amri – Warga penghasilan poster Hikayat Merong Mahawangsa (The Malay Chronicles : Bloodline)

SA Riders : Shahrom Tusimin

Shah Alam cyclist, Shahrom Tusimin
Bismillah,
semata nak kemaskini blog, sekadar mengisi masa lapang.

Penunggang: Shahrom Tusimin.
Lokasi : Bukit Bandaraya Shah Alam.
Basikal : Jamis. Tu je aku tau. Hah tayar Maxxis. Betul ke aku eja?
Motif : bosan asyik lepak mamak je. Kebetulan Om kayuh petang tu.

Azroy 2009

azroy 2009 by anan amri

Bismillah,
inilah bidang kegemaranku. Perkara yang aku boleh kawal. Fotografi berserta arahan. Terlalu banyak tugasan jurugambar perkahwinan membuatkan otak aku menjadi tepu. Ye lah, perjalanan sesebuah majlis perkahwinan selalunya akan samaaaa sahaja. Yang membezakan setiap majlis itu peristiwanya, orangnya, suasananya. Tugas kami sebagai jurugambar perkahwinan bukan mudah. Sentiasa bersedia memintas peristiwa. Ada yang dikurniakan gerak hati yang baik, ada yang dikurniakan rezeki (nasib baik la). Nasib pun penting apa. Senang cerita, majlis perkahwinan bukan macam buat filem atau drama. Di luar kawalan aku sepenuhnya. Aku tak suka. Kurang puas kalau ambil gambar curi. Kelebihan gambar curi pula ekspresi wajah adalah semulajadi. noktah. Jadi untuk membebaskan minda, aku buat satu sesi foto ringkas. Ada lagi gambar lain. Peram lah sampai semangat lain datang. Foto ini tiada manipulasi ye walaupun di bawah kategori karya digital & manipulasi. Karya digital sahaja. Buat di Shah Alam.

Anan Amri, jurugambar shah alam yang selalu syok sendiri.

Di sebalik tabir: Poster wayang Hikayat Merong Mahawangsa

Bismillah,

dipetik dari markas.kukubesi.com,

Filem : Hikayat Merong Mahawangsa
Client : KRU STUDIO
Key art : kukubesi manipulasi
photographer : kukubesi manipulasi
lighthing : www.ananamri.com
krew : http://gerila.deviantart.com
location : bukit bandaraya shah alam
time : 8am-3pm
date : 2 october 2009


di mulakan dengan santaman mata seluar kerja aku


man dan mie broz ( gerila ) serta ananamri


matahari terpacak atas kepala, terpaksa guna cara manual, sebab payung tak sampai lagi


setting pergerakan dan gaya lakonan


bajet nak beli softbox belum kesampaian, guna jelah speed light 3-4 biji, anan memang pakar.. anak murid acaifoto lah katakan


kamera roll… ( ops )


direction yang bersesuaian kepada stuntman


sessi lanun tunggang terbalik


ACTIONS!!!


satu lawan satu


alhamdulillah cuaca sangat baik.. sampai kulit jadi merah dan kini dah hitam

terima kasih kepada semua yang terlibat, krew, kru, team produksi, shamabd dan semua
***KB

Ya betul sebelum ini ada juga buat sesi foto untuk poster waktu kami ke terengganu dulu. Tapi kali ini memang khas untuk kami untuk buat sesi fotografi. Dulu kena tunggu para pelakon selesai babak mereka baru boleh ambil gambar. Terik tepi pantai tu memang membakar kulit aku sampai sekarang. Tapi seronok sebab dapat tengok set lakonan dan macam² lah. Biasalah aku bertanggungjawab di dalam penataan cahaya. Cuma kali kedua aku ke Terengganu aku pergi sorang. Aku kena ambil gambar, aku kena jaga lampu. Mencabar! Memang terasa sangat perlunya pembantu. Padahal nak ambil gambar 2 orang pelakon je. Tapi seronok laa dapat menginap satu apartment dengan abang Khir Rahman, abg Wan. Terasa macam semut je aku ni. Kecik je. Tapi mereka sangat peramah jadi cepat lah aku suaikan diri.

Nak ucapkan terima kasih juga kepada cik Mellysa Karina kerana menjadi warga tempatan yang sanggup mengambil aku pagi buta di stesen bas. Datang sini my turn to serve you pulak okay:)

Yang banyak membantu di set, cik Shakila, saudara Sadiq yang banyaaaaaaak memberi bantuan.Ish terlalu banyak nama nak disebutkan. Disebabkan sudah siang dan aku belum tidur lagi, otak aku jadi lembab untuk mengingat nama² yang lain. haaa saudara Sham pun. Sanggup bangun pagi kutip kami di tepi jalan kat ganu, juga menjadi runner paksaan. Haha. Terima kasih terima kasih terima kasih.

Exhibition Cinephoto Part 3, UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

Exhibition

Bismillah,

satu lagi pameran yang akan aku sertai. Pameran Cinephoto Part 3 akan diadakan di PTAR, UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor. Persediaan belum dibuat lagi ni. Jemputan saat akhir. Nak letak artwork apa ye? Tengok lah mana yang sempat. Kalau berkesempatan mari lah datang berikan sokongan. Aku sorang² je kat situ…wuuuu.

**UPDATE**
uitm puncak perdana cinephoto exhibitionuitm puncak perdana cinephoto exhibitionuitm puncak perdana cinephoto exhibition

Anan Amri, jurugambar shah alam yang selalu syok sendiri.