Lain-lain
Self Portrait Series : Longkang Boy – KLUE Urbanscapes 2009
Category Lain-lain
Bismillah,
Ok siri ke dua ini merupakan sebuah siri self portrait. Aku yang ambil gambar, aku yang set lighting, aku yang jadi model dan aku yang buat editing. Siri kedua ni dibuat disebabkan masih kurang berpuas hati dengan siri pertama. Belum cukup radikal.
Apa yang aku bayangkan waktu tu adalah kalau aku tinggal dalam longkang tu apa aktiviti aku. Nak cari model untuk aksi radikal memang payah lah. Oleh itu aku ambil keputusan untuk buat semuanya sendiri. Memang mencabar. Nak set angle, set focusing, lighting, timing memang banyak cuba jaya. Tiang dengan lampu jatuh dalam longkang pun ada. Nasib baik tak rosak je. Payung pun patah. Kat Urbanscapes pula ada orang kebas payung buruk aku tu. Dengan lightstand sebatang.
Tiada manipulasi dalam siri ini. Memang aku main dalam longkang, main air longkang, mandi air longkang. Props tambahan tu memang dibawa sebab aku dah prepare apa nak buat. Nak buat sesuatu mestilah dengan perancangan agar jimat masa dan memudahkan.
Kenapa longkang? Kerana kebanyakan orang tidak menghargai kecantikan tempat² sebegini. Tekstur, warna, lumut² tu kan cantik. Kalau bergambar di taman memang dah sedia cantik. Bosan lah. Ghehehe~ Cabaran menjaga keselamatan diri dan peralatan pun seronok. Kalau dimanjakan sangat peralatan tu tak ke mana lah aku. Kalau habuk masuk kamera pun takut tak ke mana lah aku.
Selama ni pun memang aku suka self portrait. Dapat mengekspresikan apa ang aku rasa di dalam gambar. Set tripod, mount camera, remote timer and action! Hehe. Ok nantikan siri self portrait terbaru tidak lama lagi. Lama lagi sebenarnya akan pos. Haha!
Perkembangan Terkini : Hikayat Merong Mahawangsa
Category Lain-lain, Tugasan Fotografi
Bismillah.
Salam makhluk bumi! Sekarang ni Anan Amri agak sibuk bertugas di luar kawasan. Terlibat dengan filem terbaru dari KRU, Hikayat Merong Mahawangsa. Pengalaman baru untuk aku. Tugas kami (KukuBesi, Anan Amri dll) adalah untuk menghasilkan poster dan kempen pengiklanan bagi cerita terbaru KRU. Kira berat juga lah tanggungjawab kami sebab produk akhir yang akan dihasilkan merupakan barisan hadapan bagi filem tersebut. Bermula dari persediaan, sesi fotografi, editing dan banyak lagi dibuat dengan rapi. Yelah kalau poster gempak mesti la ramai lagi yang akan tertarik. Mat saleh kata 1st impression is important. gheheee~ Apa yang lebih menarik adalah filem terbaru ini akan menggunakan 70% Bahasa Inggeris. Ye lah, tentera Rom pun ada, kerajaan China pun ada jadi bahasa pengantar yang logik English lah kan. Pelakon pun banyak pelakon luar negara. Market besar ni. Poster kami akan dibawa serata dunia. Aminnnn!
Maaflah gambar di sebalik tabir tak boleh diletakkan lagi. Gambar aku hitam berjemur tepi pantai boleh la kot. Yang mana tak nampak set lakonan. Gambar ketam ke….nak?ye lah melayan boring ambil gambar ketam lah. candid artis dan crew memang berlambak. Lokasi kebanyakan di pantai timur. Lokasi terakhir dekat Besut, Terengganu.
Banyak juga gambar tugasan² sebelum ni yang belum dipaparkan lagi. Terutamanya gambar perkahwinan. Sabar ya Sabariah. Biar album siap dulu itu lebih penting.
Nantikan filem epik ini tidak lama lagi! Aku sendiri tak sabar nak tengok sebab dalam panggung lain, di set lain. ghehhe. Susah gila buat wayang rupanya. Nampak macam susah je. Sebenarna susah gila. Komitmen dan disiplin tinggi diperlukan semua yang terlibat.
Baik! Selamat~
Jurugambar bertugas,
ananamri.com
KLUE Urbanscapes 2009
Category Lain-lain
I will be exhibiting my radical photoworks at Urbanscapes 2009, 27 June, KLPAC. www.urbanscapes.com together with Kukubesi and fellow fotoradikal members.
Show us your support! Macam² adaa~
Urbanscapes 09 Programme:
http://www.urbanscapes.com.my/programme.html
Ladies, there will be hundreds of stalls. Shop till you drop =)
Guys, there will be lots of ladies there. heeee~…
Thousands of artworks, and live performance~
Don’t miss it!
Ekspidisi Bandung
Category Lain-lain
Bismillah,
baru pulang dari Bandung yang terletak di Kepulauan Jawa Indonesia. Ada shoot pre-wedding di sana sambil mengembara mengenal tempat orang dan cuba mencari cinta gheheee~. Gambar akan diletakkan berfasa² ya. Editing memerlukan mood dan feel. Terima kasih.
Manipulasi Foto
Category Karya Digital & Manipulasi, Lain-lain, Perkahwinan
Bismillah,
Ketik lah utk view lagi besar:
Perkhidmatan manipulasi foto juga disediakan bagi mereka yang inginkan sesuatu yang luar biasa. Tapi biasa lah, kerja lebih upah lebih. hehehe. Asalkan anda berpuas hati.
*Foto asal oleh Paveyhack @ paveyhack.fotopages.com
*Lokasi sebenar di Putrajaya.


















