Anan Amri – Jurugambar Perkahwinan & Potret Shah Alam, Malaysia. Malaysia Based Portrait & Wedding  Photographer , Commercial Photographer, Editorial Photographer, Destination Wedding Photographer, Graphic Designer, Web Designer.

Karya Digital & Manipulasi

Azroy 2009

by Anan Amri on Nov.01, 2009, under Karya Digital & Manipulasi, Lain-lain

azroy 2009 by anan amri

Bismillah,
inilah bidang kegemaranku. Perkara yang aku boleh kawal. Fotografi berserta arahan. Terlalu banyak tugasan jurugambar perkahwinan membuatkan otak aku menjadi tepu. Ye lah, perjalanan sesebuah majlis perkahwinan selalunya akan samaaaa sahaja. Yang membezakan setiap majlis itu peristiwanya, orangnya, suasananya. Tugas kami sebagai jurugambar perkahwinan bukan mudah. Sentiasa bersedia memintas peristiwa. Ada yang dikurniakan gerak hati yang baik, ada yang dikurniakan rezeki (nasib baik la). Nasib pun penting apa. Senang cerita, majlis perkahwinan bukan macam buat filem atau drama. Di luar kawalan aku sepenuhnya. Aku tak suka. Kurang puas kalau ambil gambar curi. Kelebihan gambar curi pula ekspresi wajah adalah semulajadi. noktah. Jadi untuk membebaskan minda, aku buat satu sesi foto ringkas. Ada lagi gambar lain. Peram lah sampai semangat lain datang. Foto ini tiada manipulasi ye walaupun di bawah kategori karya digital & manipulasi. Karya digital sahaja. Buat di Shah Alam.

Anan Amri, jurugambar shah alam yang selalu syok sendiri.

1 komen selanjutnya...

moga bertemu kembali

by Anan Amri on Sep.18, 2009, under Karya Digital & Manipulasi, Lain-lain

selamat tinggal ramadhan

Ada apa dengan raya sedangkan ramadhan tak seberapa…
banyak tidur di siang hari, terawih tak cukup 30 hari…
ada yg sibuk berbelanja untuk raya, baju baru terawih tiada pula…
berlumba buat  e-kad raya, pengharapan ramadhan tiada pula kena tag…
memang rugi, harap bertemu ramadhan kembali…

Anan Amri - Malaysia Based Portrait & Wedding Photographer | Jurugambar Perkahwinan & Potret Shah Alam, Malaysia.


↑ Kembali ke laman utama AnanAmri.com ↑
2 komen selanjutnya...

KUKUBESI MANIPULASI : JELAJAH JAJAH MALAYSIA

by Anan Amri on Jul.27, 2009, under Karya Digital & Manipulasi, Lain-lain, Tutorial

KUKUBESI MANIPULASI akan melancarkan siri seminar beserta dengan mini pameran ke seluruh Malaysia , jika tiada aral melintang seminar pertama akan berlangsung pada 22 ogos ini dan sepanjang bulan puasa. anda semua di jemput hadir untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang FOTOGRAFIK. sessi yang akan berlangsung selama setengah hari ini meliputi sessi soal jawab, demo dan tutorial ringkas, Insyallah  AnanAmri akan bersama anda di setiap lokasi.

INFO RINGKAS TENTANG YURAN PENDAFTARAN
RM100 bekas pelajar kukubesi
RM100 pelajar sekolah rendah/menengah/ universiti
RM130 pendaftaran “early bird”
RM150 pendaftaran di pintu masuk

*** MENANGI 3 CABUTAN BERTUAH BENGKEL GAYA KUKUBESI ( selama 2 hari ) bagi setiap lokasi

Anan Amri - Malaysia Based Portrait & Wedding Photographer | Jurugambar Perkahwinan & Potret Shah Alam, Malaysia.


↑ Kembali ke laman utama AnanAmri.com ↑
2 komen selanjutnya...

Kelas 5IK2 2009 – SMKS9 Shah Alam

by Anan Amri on Jul.20, 2009, under Karya Digital & Manipulasi, Lain-lain, Tugasan Fotografi

smks9 5ik2 2009 - class page 1
smks9 5ik2 2009 - class page 2

Bismillah,
tempoh hari aku mendapat tugas menghasilkan muka surat eksklusif senior bagi majalah sekolah, Sinar. Kelas yang berminat mendapatkan khidmat aku adalah dari Kelas 5 IK2 SMK Seksyen 9 Shah Alam. Jadi tugas aku bermula dari perancangan, sesi fotografi, editing dan rekaletak mukasurat tersebut.

Dah lebih 2 tahun aku buat job kecik² macam ni tapi fun. Cuma budak² ni bila dah ramai susah dikawal tapi mereka sporting. Best best. Idea asal aku cuba buat macam 1 poster battle of the band atau poster performing band.

smks9 5ik2 2009 group 1
smks9 5ik2 2009 group 2
smks9 5ik2 2009 group 3
smks9 5ik2 2009 group 4
smks9 5ik2 2009 group 5

Tapi disebabkan kesuntukkan masa ada yang nak pergi tuition lah itu lah jadi yang mana yang sempat je la ada rupa band. Ghehee. Ada group yang dah macam kumpulan nasyid Rabbani pun ada sebab ramai sangat. Ok ape. Gerhana Ska Cinta pun ramai apa. Cuma dari segi pakaian dan props sahaja lah yang agak terhad. Untuk tahun 2010 dah ada kelas yang dah tempah. Kelas lain ke, sekolah lain ke kalau berminat booking lah awal². Harga berpatutan. Kumpul duit kelas banyak². Geheheheee~

Jadi, selamat melayan. Adik², buat yang terbaik SPM nanti. Jangan jadi macam aku ni. Haha. Ok ni gambar² yang lain. Baik, selamat!

Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009

Anan Amri - Malaysia Based Portrait & Wedding Photographer | Jurugambar Perkahwinan & Potret Shah Alam, Malaysia.


↑ Kembali ke laman utama AnanAmri.com ↑
2 komen selanjutnya...

Sekutu Anan Amri

Antara yang banyak berjasa...