moga bertemu kembali

selamat tinggal ramadhan

Ada apa dengan raya sedangkan ramadhan tak seberapa…
banyak tidur di siang hari, terawih tak cukup 30 hari…
ada yg sibuk berbelanja untuk raya, baju baru terawih tiada pula…
berlumba buat  e-kad raya, pengharapan ramadhan tiada pula kena tag…
memang rugi, harap bertemu ramadhan kembali…

Majlis Pertunangan Ayma & Qeem (bukan nama sebenar…ghehehe)

Bismillah,

Majlis Pertunangan Ayma & Qeem.
Majlis Pertunangan Ayma & QeemMajlis Pertunangan Iryma & NuraklimahMajlis Pertunangan Iryma & Nuraklimah - Perkara sekecil ini juga diambil kiraMajlis Pertunangan Iryma & NuraklimahMajlis Pertunangan Iryma & NuraklimahMajlis Pertunangan Iryma & NuraklimahMajlis Pertunangan Iryma & Nuraklimah
Majlis Pertunangan Iryma & NuraklimahMajlis Pertunangan Iryma & NuraklimahMajlis Pertunangan Iryma & NuraklimahMajlis Pertunangan Iryma & NuraklimahMajlis Pertunangan Iryma & NuraklimahMajlis Pertunangan Iryma & Nuraklimah
Majlis Pertunangan Iryma & NuraklimahMajlis Pertunangan Iryma & NuraklimahMajlis Pertunangan Iryma & NuraklimahAku nak menyibuk gak...gambar Ayma tak banyak

Majlis pertunangan Ayma & Qeem (bukan nama sebenar..gheheeee~~)
Lokasi: Temerloh, Pahang.
Bila: Suatu masa dahulu.

Pasangan ini adalah sahabat yang juga merupakan jurugambar sambilan yang berpengalaman. Menggelabah juga aku nak terima tugasan ni. Takut tak mencapai piawaian mereka. Tahniah! Apa lagi. Bab seterusnya!

**Nantikan siri foto pra perkahwinan mereka. Aku menggadai harta dan nyawa untuk yang terbaik untuk  sesi itu!

Jurugambar Majlis Pertunangan Bertugas, Anan Amri

↑ Kembali ke laman utama AnanAmri.com ↑

Kelas 5IK2 2009 – SMKS9 Shah Alam

smks9 5ik2 2009 - class page 1
smks9 5ik2 2009 - class page 2

Bismillah,
tempoh hari aku mendapat tugas menghasilkan muka surat eksklusif senior bagi majalah sekolah, Sinar. Kelas yang berminat mendapatkan khidmat aku adalah dari Kelas 5 IK2 SMK Seksyen 9 Shah Alam. Jadi tugas aku bermula dari perancangan, sesi fotografi, editing dan rekaletak mukasurat tersebut.

Dah lebih 2 tahun aku buat job kecik² macam ni tapi fun. Cuma budak² ni bila dah ramai susah dikawal tapi mereka sporting. Best best. Idea asal aku cuba buat macam 1 poster battle of the band atau poster performing band.

smks9 5ik2 2009 group 1
smks9 5ik2 2009 group 2
smks9 5ik2 2009 group 3
smks9 5ik2 2009 group 4
smks9 5ik2 2009 group 5

Tapi disebabkan kesuntukkan masa ada yang nak pergi tuition lah itu lah jadi yang mana yang sempat je la ada rupa band. Ghehee. Ada group yang dah macam kumpulan nasyid Rabbani pun ada sebab ramai sangat. Ok ape. Gerhana Ska Cinta pun ramai apa. Cuma dari segi pakaian dan props sahaja lah yang agak terhad. Untuk tahun 2010 dah ada kelas yang dah tempah. Kelas lain ke, sekolah lain ke kalau berminat booking lah awal². Harga berpatutan. Kumpul duit kelas banyak². Geheheheee~

Jadi, selamat melayan. Adik², buat yang terbaik SPM nanti. Jangan jadi macam aku ni. Haha. Ok ni gambar² yang lain. Baik, selamat!

Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009

Nostalgia Stadium Merdeka– KLUE Urbanscapes 2009 24Hour KL Photo Exhibition






6 copy
7 copy8 copy9 copy10 copy

Bismillah,
wooo akhirnya dapat juga nak letak gambar yag dipamerkan di Urbanscapes 2009 yang lalu.

Siri yang pertama ini mengisahkan seorang belia yang datang ke Stadium Merdeka. Mengimbau kembali usia kecilnya di mana dia di bawa bapanya menyaksikan perlawanan bolasepak di situ. Hatinya kecewa kerana tidak dibenarkan masuk ketika itu kerana kerja² pembinaan memulihara rekabentuk stadium itu ke rekabentuk asalnya ketika Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan negara di situ.

Aku memang dah bersedia plan A dan plan B dah. Dah agak dah tak boleh masuk waktu tu. Tapi tiada masalah. Perancangan sudah dibuat. Video dibelakang tabir pun ada. Kalau internet di pejabatboleh buka youtube, rezeki laa. Ghehehee~



Self Portrait Series : Longkang Boy – KLUE Urbanscapes 2009

Bismillah,
Ok siri ke dua ini merupakan sebuah siri self portrait. Aku yang ambil gambar, aku yang set lighting, aku yang jadi model dan aku yang buat editing. Siri kedua ni dibuat disebabkan masih kurang berpuas hati dengan siri pertama. Belum cukup radikal.

Apa yang aku bayangkan waktu tu adalah kalau aku tinggal dalam longkang tu apa aktiviti aku. Nak cari model untuk aksi radikal memang payah lah. Oleh itu aku ambil keputusan untuk buat semuanya sendiri. Memang mencabar. Nak set angle, set focusing, lighting, timing memang banyak cuba jaya. Tiang dengan lampu jatuh dalam longkang pun ada. Nasib baik tak rosak je. Payung pun patah. Kat Urbanscapes pula ada orang kebas payung buruk aku tu. Dengan lightstand sebatang.

Tiada manipulasi dalam siri ini. Memang aku main dalam longkang, main air longkang, mandi air longkang. Props tambahan tu memang dibawa sebab aku dah prepare apa nak buat. Nak buat sesuatu mestilah dengan perancangan agar jimat masa dan memudahkan.

Kenapa longkang? Kerana kebanyakan orang tidak menghargai kecantikan tempat² sebegini. Tekstur, warna, lumut² tu kan cantik. Kalau bergambar di taman memang dah sedia cantik. Bosan lah. Ghehehe~ Cabaran menjaga keselamatan diri dan peralatan pun seronok. Kalau dimanjakan sangat peralatan tu tak ke mana lah aku. Kalau habuk masuk kamera pun takut tak ke mana lah aku.

Selama ni pun memang aku suka self portrait. Dapat mengekspresikan apa ang aku rasa di dalam gambar. Set tripod, mount camera, remote timer and action! Hehe. Ok nantikan siri self portrait terbaru tidak lama lagi. Lama lagi sebenarnya akan pos. Haha!