Self Portrait Series : Longkang Boy – KLUE Urbanscapes 2009

Bismillah,
Ok siri ke dua ini merupakan sebuah siri self portrait. Aku yang ambil gambar, aku yang set lighting, aku yang jadi model dan aku yang buat editing. Siri kedua ni dibuat disebabkan masih kurang berpuas hati dengan siri pertama. Belum cukup radikal.

Apa yang aku bayangkan waktu tu adalah kalau aku tinggal dalam longkang tu apa aktiviti aku. Nak cari model untuk aksi radikal memang payah lah. Oleh itu aku ambil keputusan untuk buat semuanya sendiri. Memang mencabar. Nak set angle, set focusing, lighting, timing memang banyak cuba jaya. Tiang dengan lampu jatuh dalam longkang pun ada. Nasib baik tak rosak je. Payung pun patah. Kat Urbanscapes pula ada orang kebas payung buruk aku tu. Dengan lightstand sebatang.

Tiada manipulasi dalam siri ini. Memang aku main dalam longkang, main air longkang, mandi air longkang. Props tambahan tu memang dibawa sebab aku dah prepare apa nak buat. Nak buat sesuatu mestilah dengan perancangan agar jimat masa dan memudahkan.

Kenapa longkang? Kerana kebanyakan orang tidak menghargai kecantikan tempat² sebegini. Tekstur, warna, lumut² tu kan cantik. Kalau bergambar di taman memang dah sedia cantik. Bosan lah. Ghehehe~ Cabaran menjaga keselamatan diri dan peralatan pun seronok. Kalau dimanjakan sangat peralatan tu tak ke mana lah aku. Kalau habuk masuk kamera pun takut tak ke mana lah aku.

Selama ni pun memang aku suka self portrait. Dapat mengekspresikan apa ang aku rasa di dalam gambar. Set tripod, mount camera, remote timer and action! Hehe. Ok nantikan siri self portrait terbaru tidak lama lagi. Lama lagi sebenarnya akan pos. Haha!

3 thoughts on “Self Portrait Series : Longkang Boy – KLUE Urbanscapes 2009

  1. tabik spring utk kao..very inspiring collection..suka action2 sepak bola, berenang, push up dlm longkang tuh..err longkang tu tak kotor sgt la kan?..

Leave a Reply to azwinomar Cancel reply