Studio – Nubhan AF6

Bismillah,

haritu dapat tugasan ni, shoot Nubhan AF6. Baru nak dapat peluang nak kemaskini. Lokasi penggambaran di enchantedStudio di seksyen 9 Shah Alam. Oh ye mereka bagi letak 2 keping je. 1 je lah dulu… eh jangan ambil dan guna tanpa kebenaran ye. Tuhan nampak..ghehehe~

Nubhan AF6

Haa lagi satu enchantedStudio dah tambah lighting set baru.  Jadi ada la pilihan nak budget atau mahukan kualiti. Datang lah ye.

Alhamdulillah.

Majlis Pernikahan Nastassia & Mumtazi, Shah Alam.

nastasia

Bismillah,

elop. Kan ada entry sebelum ni, teaser entry, The Replacement Shooter. Haa ni sambungannya. Baru balik job PLKN di Penang, shoot gambar depa menembak. 2 hari kat sana. Balik demam² sebab sana mandi hujan je. Pastu lama tak jadi rider berembun. Demam makan nasi dalca lauk kambing 2 pinggan mungkin juga. Heee~

Habis job kena balik terus sebab dah janji untuk tolong kawan aka Jidin dari anyevent photography untuk ganti tempat dia sebab dia kena outstation last minit. Kena tolong ganti untuk 2 hari, keduanya majlis nikah. Hari pertama tu di Shah Alam. Berkenaan dengan entry ni lah. Dekat je dengan rumah. Seksyen 8 gak. Aku pun pelik la, sejak mecari sesuap nasi dengan menjadi jurugambar yang berpusat di Shah Alam, berapa kali je dapat job kawasan Shah Alam. Yang paling banyak aku cover belah Utara tu, Kedah, Penang. Mungkin ada betulnya peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Rakan² jurufoto yang lain juga kebanyakannya bernasib yang sama. Kadang² tu perasan selang 2-3 jalan je dari rumah yang ada kenduri.  Boleh jalan kaki tanpa berpeluh pun. Kenapa aku tak dapat? Tiada rezeki di situ namanya.

Jadi, selepas ni nak tawarkan harga super special untuk warga tempatan, warga Shah Alam tercinta. Warga Shah Alam, kalau mencari jurugambar bagi majlis anda di Shah Alam dengan harga super special, boleh fikirkan Anan Amri sebagai salah satu pilihan. Macam beras super special tempatan la. Berilah peluang anak tempatan menunjukkan bakat. hehee. Keluarga DiRaja Pahang pun percaya kami untuk menjadi jurugambar majlis perkahwinan diraja keluarga mereka. Heheee~ Sudah tentu ada keistimewaan kami. Rugi tak gunakan khidmat kami. Kawin sekali je kann…

Aku dah kata dah jangan suruh aku menulis…Jauh menyimpang jadinya. Baik, kembali kepada tugasan majlis pernikahan di Shah Alam tadi. Setibanya aku di rumah pengantin, aku shoot luaran dan details dalam rumah dulu sebab wife jidin naik bilik cover makeup dulu. Cun beb decor. Persediaan begini lah bes. Dalam gambar pun akan jadi bes. Jidin dah pesan berberapa shots yang diminta. Jadi aku pun buat je la sebaik mungkin atas amanahnya.

dsc_0317-copydsc_0339dsc_0301-copydsc_0332-copydsc_0408-copydsc_0411-copydsc_0437-copy

Lepas tu aku naik lah atas nak layan makeup lak. Masuk² je bilik aku bagi la salam and hello. Tengok  gambar kat dinding tak rasa apa² lagi. Kemudian tgk gambar kat meja solek macam pernah ku tengok lah…

dsc_0370-copydsc_0351-copydsc_0345-copydsc_0381-copydsc_0373-copydsc_0377-copydsc_0422-copy

Atas rasa ingin tahu aku pun tanya la wife jidin siapa nama pengantin ni. Ye lah jurugambar gantian pun patut tahu walaupun lambat sket. Hehe. Takut segan pengantin dengar pertanyaan aku, aku tulis atas notepad tunjuk kat wide jidin(shana kami panggil). Kekekeke. Dia jawab dgn tulisan juga. Nastassia & Mumtazi. Hoh! Sah memang betul tekaan aku. Aku pun approach la sambil ambil gambar aku tanya la “eh you dulu sekolah rendah seksyen 6 ye?”. Dia pun jwb dia bersambung 2 -3 soalan lagi. Gheheeee~ Antara yg popular di sekolah dulu. Hehe. Memanglah aku ingat dia, dia tak ingat aku. Cuba tengok gambar ni:

12 tahun lalu di SRK Seksyen 6 1995.

14 tahun lalu di sebuah sekolah rendah, SRK Seksyen 6 Shah Alam aku telah berlatih menjadi photojournalist. Picture for the future. Cool kan? Yang dibulatkan itulah Nastassia bersama group dia. 14 tahun lepas. Comel kan budak² darjah 6 ni. Konon senior lah, padahal comel je. Jentik pun nangis kot. Hee. Yang budak lelaki depan tu, 14 tahun selepas gambar ini diambil, dia telah menjadi pemain boling utama Malaysia. Zulmazran Zulkifli. Kalau tak kenal sila tukar kewarganegaraan. Haha.

Pot pet pot pet klik klik klik klik aku pun turun lah balik bersedia menyambut kedatangan pihak lelaki dari Terengganu. Takkan nak duduk dalam tu buat tak tahu sedangkan pengantin nak tukar baju…

dsc_0445-copydsc_0458-copydsc_0452-copydsc_0459-copydsc_0468-copy

Dan bermulalah kemuncak malam itu…

Overviewdsc_0479-copydsc_0497-copydsc_0503-copydsc_0506-copy
dsc_0539-copydsc_0528-copydsc_0531-copydsc_0542-copydsc_0558-copy
dsc_0551-copydsc_0546-copydsc_0482-copydsc_0486-copydsc_0564-copy
dsc_0569-copydsc_0582-copydsc_0612-copy1dsc_0630-copydsc_0657-copy

Syukur, semua berjalan dengan lancar. Banyak moment menarik. Selesai majlis ijab dan qabul, ada jamuan sket macam biasa lah dan seperti biasalah aku takkan makan. Kerana tanggungjawab dan biasa lah letih lesu. Otak jalan, badan jalan. Tak lalu makan la macam biasa. Banyak minum je. Layan….

dsc_0682-copydsc_0679-copydsc_0705-copydsc_0727-copydsc_0713-copy
dsc_0707-copydsc_0735-copydsc_0740-copydsc_0724-copydsc_0761-copy

Suasana di rumah itu sangat meriah. Kemah jamuan keliling rumah dihias begitu indah sekali bagi meraikan pengantin, rombongan pengantin lelaki, sanak saudara dan sahabat handai yang hadir di majlis itu. Macam biasa lah, selesai makan pengantin akan berkenal kenalan dengan ahli keluarga baru.  Habis ice breaking dan selesai mendapatkan tanda tangan senior, ada majis potong kek. Aku tak shoot ni. Shana dengan Ijal bertanggungjawab. Aku rest lak. Selesai jamuan dan upacara memotong dan menyumbat kek ke dalam mulut, berlangsung pula majlis merenjis ringkas bagi meraikan kedua mempelai.

dsc_0775-copydsc_0767-copydsc_0778-copydsc_0772-copydsc_0779-copy
dsc_0781-copydsc_0783-copydsc_0792-copydsc_0793-copydsc_0794-copy
dsc_0797-copydsc_0804-copydsc_0810-copydsc_0811-copydsc_0826-copy

Ramai yang dijemput merenjis pengantin. Bunga telur moden pun nampak menarik. Apa ye dalam kotak tu? Selesai merenjis rombongan pihak Mumtazi pun beransur…

Selamat jalan....jumpa esok di Concorde Shah Alam

Habis tu macam biasalah. Wedding portraiture session. Sesi diambil alih oleh Shana dan Ijal. Aku pun nak rehat sebentar. Untuk makluman, Anan Amri tak buat posing² ye. Yang dimaksudkan di sini adalah sesi pemotretan cara klasik. Alah korang pun faham lah macam mana. Generasi baru cara baru. Sebolehnya akan usaha untuk buat lain dari orang  lain.

Sebelum pengantin lelaki berangkat pulang, sempat lah ambil sekeping dua gambar mereka bersama. Potret juga, posing juga, tapi bukan macam zaman mak bapak pakcik makcik kita. Gheheee~…

Majlis Pernikahan Nastassia & Mumtazi, Shah Alam.

Antara yang sempat dirakamkan. Mumtazi nak balik cepat. Penat agaknya. Shana dan Ijal pun dah ambil banyak kot tadi. Lepas Mumtazi balik, Shana dan Ijal culik Nastassia untuk sesi potret lagi. Selesai dgn Shana dan Ijal dalam bilik, aku culik utk sesi luar bilik pula. Heheee. Nasib la Nastassia sporting. Member² sekampung mesti la ok kannn. Gheheee. Eh Shah Alam bandaraya tapi aku rasa macam kampung sebab aman berbanding bandaraya lain tau…

NastassiaEditorial - Majlis Pernikahan Nastassia, Shah AlamCincin Perkahwinan - Nastassia & Mumtazi

Cukup perkongsian kali ini. Ada banyaaak lagi event lain cuma kalau nak buat penulisan seperti entry kali ni memang lambat lah. Aku bukan seorang penulis. Akhir kata orang Shah Alam atau yang memerlukan jurugambar dan khidmat fotografi di Shah Alam, boleh letakkan Anan Amri sebagai salah satu pilihan anda. Terima kasih.

Alhamdulillah.

Jurugambar perkahwinan Shah Alam,
Anan Amri

↑ Kembali ke laman utama AnanAmri.com ↑

Dari Felda Sg. Koyan, Pahang.

9-copy

Selesai tugas di Kuala Lumpur bersama pelajar jurusan farmasi terus bertolak ke Pahang. Singgah dulu kat Genting Sempah lelap. Jam 4 pagi. Risau esok tak dapat berkarya dengan baik. Sekurangnya dah berjalan separuh jalan walaupun sebenarnya tak samapi separuh jalan pun! Hehe mana lah tau, tak pernah sampai sana. Okay letak satu gambar dulu. Milik siapakah cincin dan rantai ini? Nantikan kemaskininya. Dah kemaskini sedikit. Hujung minggu yang padat! Syukur dapat selesaikan semua tugas fotografi tanpa masalah.

1-copy2-copy3-copy3b-copy4-copy5-copy6-copy7-copy8-copy9-copy10-copy11-copyCincin dan rantai perkahwinan

Jurugambar perkahwinan bertugas,
Anan Amri

↑ Kembali ke laman utama AnanAmri.com ↑