Tag Archives: KRU

Di sebalik tabir: Poster wayang Hikayat Merong Mahawangsa

Bismillah,

dipetik dari markas.kukubesi.com,

Filem : Hikayat Merong Mahawangsa
Client : KRU STUDIO
Key art : kukubesi manipulasi
photographer : kukubesi manipulasi
lighthing : www.ananamri.com
krew : http://gerila.deviantart.com
location : bukit bandaraya shah alam
time : 8am-3pm
date : 2 october 2009


di mulakan dengan santaman mata seluar kerja aku


man dan mie broz ( gerila ) serta ananamri


matahari terpacak atas kepala, terpaksa guna cara manual, sebab payung tak sampai lagi


setting pergerakan dan gaya lakonan


bajet nak beli softbox belum kesampaian, guna jelah speed light 3-4 biji, anan memang pakar.. anak murid acaifoto lah katakan


kamera roll… ( ops )


direction yang bersesuaian kepada stuntman


sessi lanun tunggang terbalik


ACTIONS!!!


satu lawan satu


alhamdulillah cuaca sangat baik.. sampai kulit jadi merah dan kini dah hitam

terima kasih kepada semua yang terlibat, krew, kru, team produksi, shamabd dan semua
***KB

Ya betul sebelum ini ada juga buat sesi foto untuk poster waktu kami ke terengganu dulu. Tapi kali ini memang khas untuk kami untuk buat sesi fotografi. Dulu kena tunggu para pelakon selesai babak mereka baru boleh ambil gambar. Terik tepi pantai tu memang membakar kulit aku sampai sekarang. Tapi seronok sebab dapat tengok set lakonan dan macam² lah. Biasalah aku bertanggungjawab di dalam penataan cahaya. Cuma kali kedua aku ke Terengganu aku pergi sorang. Aku kena ambil gambar, aku kena jaga lampu. Mencabar! Memang terasa sangat perlunya pembantu. Padahal nak ambil gambar 2 orang pelakon je. Tapi seronok laa dapat menginap satu apartment dengan abang Khir Rahman, abg Wan. Terasa macam semut je aku ni. Kecik je. Tapi mereka sangat peramah jadi cepat lah aku suaikan diri.

Nak ucapkan terima kasih juga kepada cik Mellysa Karina kerana menjadi warga tempatan yang sanggup mengambil aku pagi buta di stesen bas. Datang sini my turn to serve you pulak okay:)

Yang banyak membantu di set, cik Shakila, saudara Sadiq yang banyaaaaaaak memberi bantuan.Ish terlalu banyak nama nak disebutkan. Disebabkan sudah siang dan aku belum tidur lagi, otak aku jadi lembab untuk mengingat nama² yang lain. haaa saudara Sham pun. Sanggup bangun pagi kutip kami di tepi jalan kat ganu, juga menjadi runner paksaan. Haha. Terima kasih terima kasih terima kasih.

Perkembangan Terkini : Hikayat Merong Mahawangsa

Bismillah.

Salam makhluk bumi! Sekarang ni Anan Amri agak sibuk bertugas di luar kawasan. Terlibat dengan filem terbaru dari KRU, Hikayat Merong Mahawangsa. Pengalaman baru untuk aku. Tugas kami (KukuBesi, Anan Amri dll) adalah untuk menghasilkan poster dan kempen pengiklanan bagi cerita terbaru KRU. Kira berat juga lah tanggungjawab kami sebab produk akhir yang akan dihasilkan merupakan barisan hadapan bagi filem tersebut. Bermula dari persediaan, sesi fotografi, editing dan banyak lagi dibuat dengan rapi. Yelah kalau poster gempak mesti la ramai lagi yang akan tertarik. Mat saleh kata 1st impression is important. gheheee~ Apa yang lebih menarik adalah filem terbaru ini akan menggunakan 70% Bahasa Inggeris. Ye lah, tentera Rom pun ada, kerajaan China pun ada jadi bahasa pengantar yang logik English lah kan. Pelakon pun banyak pelakon luar negara. Market besar ni. Poster kami akan dibawa serata dunia. Aminnnn!

Maaflah gambar di sebalik tabir tak boleh diletakkan lagi. Gambar aku hitam berjemur tepi pantai boleh la kot. Yang mana tak nampak set lakonan. Gambar ketam ke….nak?ye lah melayan boring ambil gambar ketam lah. candid artis dan crew memang berlambak. Lokasi kebanyakan di pantai timur. Lokasi terakhir dekat Besut, Terengganu.

Banyak juga gambar tugasan² sebelum ni yang belum dipaparkan lagi. Terutamanya gambar perkahwinan. Sabar ya Sabariah. Biar album siap dulu itu lebih penting.

Nantikan filem epik ini tidak lama lagi! Aku sendiri tak sabar nak tengok sebab dalam panggung lain, di set lain. ghehhe. Susah gila buat wayang rupanya. Nampak macam susah je. Sebenarna susah gila. Komitmen dan disiplin tinggi diperlukan semua yang terlibat.

Baik! Selamat~

Jurugambar bertugas,
ananamri.com

↑ Kembali ke laman utama ↑