Tag Archives: Panggung

Perkembangan Terkini : Hikayat Merong Mahawangsa

Bismillah.

Salam makhluk bumi! Sekarang ni Anan Amri agak sibuk bertugas di luar kawasan. Terlibat dengan filem terbaru dari KRU, Hikayat Merong Mahawangsa. Pengalaman baru untuk aku. Tugas kami (KukuBesi, Anan Amri dll) adalah untuk menghasilkan poster dan kempen pengiklanan bagi cerita terbaru KRU. Kira berat juga lah tanggungjawab kami sebab produk akhir yang akan dihasilkan merupakan barisan hadapan bagi filem tersebut. Bermula dari persediaan, sesi fotografi, editing dan banyak lagi dibuat dengan rapi. Yelah kalau poster gempak mesti la ramai lagi yang akan tertarik. Mat saleh kata 1st impression is important. gheheee~ Apa yang lebih menarik adalah filem terbaru ini akan menggunakan 70% Bahasa Inggeris. Ye lah, tentera Rom pun ada, kerajaan China pun ada jadi bahasa pengantar yang logik English lah kan. Pelakon pun banyak pelakon luar negara. Market besar ni. Poster kami akan dibawa serata dunia. Aminnnn!

Maaflah gambar di sebalik tabir tak boleh diletakkan lagi. Gambar aku hitam berjemur tepi pantai boleh la kot. Yang mana tak nampak set lakonan. Gambar ketam ke….nak?ye lah melayan boring ambil gambar ketam lah. candid artis dan crew memang berlambak. Lokasi kebanyakan di pantai timur. Lokasi terakhir dekat Besut, Terengganu.

Banyak juga gambar tugasanĀ² sebelum ni yang belum dipaparkan lagi. Terutamanya gambar perkahwinan. Sabar ya Sabariah. Biar album siap dulu itu lebih penting.

Nantikan filem epik ini tidak lama lagi! Aku sendiri tak sabar nak tengok sebab dalam panggung lain, di set lain. ghehhe. Susah gila buat wayang rupanya. Nampak macam susah je. Sebenarna susah gila. Komitmen dan disiplin tinggi diperlukan semua yang terlibat.

Baik! Selamat~

Jurugambar bertugas,
ananamri.com

↑ Kembali ke laman utama ↑