Anan Adli & Redzlin – Maternity Photography Session – Shah Alam, Putrajaya, Banting

Bismillah,
hi! Nak share dengan viewers semua my 1st maternity shots. Maternity dalam Bahasa apa ye? Kalau ikut Google Translate “Maternity” bermaksud bersalin. Tapi mana kena. Belum bersalin lagi. Ada cadangan perkataan lain? Maternity photography session tukar jadi sesi fotografi mengandung? Gila buruk nama. Fotografi ibu mengandung? Fotografi ibu hamil? Bapa pun ada nih. Haha. Apa² lah. Kami merantau ke 3 tempat yang jauh², Shah Alam, Putrajaya dan Banting.



Tak cukup? Nak tengok lagi gambar? Nak buat reference? Nak booking photography session? Ada banyak lagi gambar lain dalam entry ni.
Continue reading “Anan Adli & Redzlin – Maternity Photography Session – Shah Alam, Putrajaya, Banting”

Sesi fotografi, Nasrul Hakim & Liyana, Shah Alam.

Bismillah,

Hoh! Dah masuk hari ke 32 tahun 2010. Alhamdulilah walaupun fotoblog ni tak banyak entry tapi trafiknya boleh tahan. Dengan sedikit ilmu pembangunan laman web blog ni mendapat tempat yang agak memuaskan di laman carian. Walaupun ada kata kunci carian lawak membawa kepada blog ini. Kena kerja keras lagi tahun ni. Continue reading “Sesi fotografi, Nasrul Hakim & Liyana, Shah Alam.”

SA Riders : Shahrom Tusimin

Shah Alam cyclist, Shahrom Tusimin
Bismillah,
semata nak kemaskini blog, sekadar mengisi masa lapang.

Penunggang: Shahrom Tusimin.
Lokasi : Bukit Bandaraya Shah Alam.
Basikal : Jamis. Tu je aku tau. Hah tayar Maxxis. Betul ke aku eja?
Motif : bosan asyik lepak mamak je. Kebetulan Om kayuh petang tu.

Kelas 5IK2 2009 – SMKS9 Shah Alam

smks9 5ik2 2009 - class page 1
smks9 5ik2 2009 - class page 2

Bismillah,
tempoh hari aku mendapat tugas menghasilkan muka surat eksklusif senior bagi majalah sekolah, Sinar. Kelas yang berminat mendapatkan khidmat aku adalah dari Kelas 5 IK2 SMK Seksyen 9 Shah Alam. Jadi tugas aku bermula dari perancangan, sesi fotografi, editing dan rekaletak mukasurat tersebut.

Dah lebih 2 tahun aku buat job kecik² macam ni tapi fun. Cuma budak² ni bila dah ramai susah dikawal tapi mereka sporting. Best best. Idea asal aku cuba buat macam 1 poster battle of the band atau poster performing band.

smks9 5ik2 2009 group 1
smks9 5ik2 2009 group 2
smks9 5ik2 2009 group 3
smks9 5ik2 2009 group 4
smks9 5ik2 2009 group 5

Tapi disebabkan kesuntukkan masa ada yang nak pergi tuition lah itu lah jadi yang mana yang sempat je la ada rupa band. Ghehee. Ada group yang dah macam kumpulan nasyid Rabbani pun ada sebab ramai sangat. Ok ape. Gerhana Ska Cinta pun ramai apa. Cuma dari segi pakaian dan props sahaja lah yang agak terhad. Untuk tahun 2010 dah ada kelas yang dah tempah. Kelas lain ke, sekolah lain ke kalau berminat booking lah awal². Harga berpatutan. Kumpul duit kelas banyak². Geheheheee~

Jadi, selamat melayan. Adik², buat yang terbaik SPM nanti. Jangan jadi macam aku ni. Haha. Ok ni gambar² yang lain. Baik, selamat!

Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009Gambar Kelas 5IK2 smks9 2009